22 August 2021

CAPRICE: "TAKDE KES JENAYAH DI BUKA... LEBIH BAIK SAYA TAKUT DENGAN ASKAR ISRAEL"



"Salam guys, pagi tadi IO / Insp dari IPD Wangsa Maju finally whatsapp message dan whatsapp call Caprice. Sebenarnye, Interpol tak cari pun Caprice. The media took it out of context and headline semua buat nampak macam ade kes luar biasa sampai orang comment2 macam kita ni hilang atau tengah lari.

"Alhamdulillah semua ok, xde kes jenayah pun yang di buka. IPD Wangsa Maju hanya nak minta statement Caprice. Sebab Caprice melalui banyak bende yang pelik sejak kita sampai, ape bila Caprice baca berita pasal interpol, comments dekat social media, dan terima banyak calls dari KL yang tengah risau... bende tu buat kita lagi risau dan fikir bukan2. Officially, ni baru 3 minggu dimana kita gerak sorang dgn misi kita sendiri #roadtoalaqsa2030.

"Terima kasih kepada @pdrmsia_official sebab bagi keterangan yang sangat jelas dan professional. dan terima kasih juga kepada rakan2 di PDRM yang remind balik caprice tentang keselamatan kita di area ni. InsyaAllah selepas settle a few of my milestones, kita akan selamat sampai Malaysia.

"Kalian semua, ini bukan kes 1MDB, Jho Low, Macau Scam atau apa. Ini hanya saya perlu bagi kenyataan kepada IPD Wangsa Maju. Kalau saya takut, lebih baik takut dengan askar Isreal yang hanya berapa ratus kilometer sahaja. Lebih baik saya takut dengan mereka (askar Israel).

Klik untuk gambar besar



"Harapnya, selepas saya selesaikan beberapa lagi perkara di sini, saya akan selamat baik Malaysia. Saya pun dah penat nak terangkan kepada Malaysia apa saya buat di sini," itulah tulis penyanyi rap dan aktivis sensasi, Caprice, 33, yang mengesahkan dia sudah memberi keterangan kepada pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berhubung laporan yang dibuat oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew terhadapnya.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli menerusi perkongsian di laman Instagram, turut menjelaskan kes ini tidak membabitkan Polis Antarabangsa (Interpol) seperti yang dilaporkan sebelum ini. Menerusi hantaran berkenaan juga, Caprice mengakui dia sudah melalui banyak perkara pelik sejak tiba di Mesir.

Namun, dia turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberikan penjelasan dengan profesional, selain berterima kasih kepada rakan-rakan di PDRM yang mengingatkannya berkenaan keselamatan.

Dalam pada itu, ujar pelantun lagu 'Lenglui' itu menerusi Instagram Story, tiada apa yang perlu digembar-gemburkan kerana dia hanya memberi keterangan kepada pihak polis. Katanya lagi, dia akan kembali ke Malaysia selepas menyelesaikan beberapa perkara penting di Mesir.

Terdahulu, dilaporkan PDRM memohon bantuan pihak Interpol untuk mengesan Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tindakan itu diambil selepas polis gagal mendapatkan maklum balas daripada kedua-duanya berhubung tarikh untuk merakam percakapan mereka.

Selain Caprice polis turut mengesan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung siasatan bagi kes yang sama. Untuk rekod, pada 21 Julai lalu, Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dia difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: