22 August 2021

SELEPAS IBU - ELYANA DIDUGA ADIK LELAKI PULA POSITIF COVID-19



"Belum lagi mama saya sembuh, hari ini (semalam) adik lelaki kesayangan saya pula disahkan positif Covid-19. Minta sangat rakan-rakan semua mendoakan kesembuhan adik saya, Eizad Ezmeer Emrizal dan mama Shamsidar Alias.

"Dan semoga papa saya yang tinggal serumah dengan mereka tidak dijangkiti. Saya risau sebab papa baru dapat satu dos vaksin," demmikian kata penyanyi Elyana apabila dia diduga adik lelakinya pula positif Covid-19 selepas ibu mereka, Shamsidar Alias yang disahkan positif Covid-19 pada 16 Ogos lalu.

Berita duka itu dikongsikan Elyana, 34, menerusi hantaran di laman Instagram (IG) dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibu dan adiknya agar cepat pulih dari virus berkenaan. Pada masa sama, penyanyi lagu 'Kalis Rindu' ini melahirkan kerisauan terhadap bapanya agar tidak dijangkiti virus berbahaya itu.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Elyana melahirkan perasaan syukur apabila hanya ibunya yang positif Covid-19 manakala bapa dan adik lelaki sebelum ini dilaporkan negatif. Dia juga memberitahu ibunya kini menjalani kuarantin kendiri di Shah Alam dan sayangnya tidak dapat banyak membantu keluarganya kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Elyana kini menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 2012 dan pada Jun lalu dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan radioterapi sebanyak 10 sesi. Ia berikutan kanser limfoma yang dihidapi sudah merebak ke dada, paru-paru, belakang rahim, usus dan beberapa bahagian badan yang lain.

Selepas selesai menjalani sesi rawatan radioterapi itu, Elyana khabarnya akan menyambung rawatan kimoterapi pula, tidak lama lagi. Selain itu, dia juga sudah mendapat dos kedua vaksin Covid-19 pada 16 Ogos lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: