22 August 2021

ATAS BANTUAN INTERPOL - CAPRICE SUDAH DIHUBUNGI



Dalam masa terdekat ini, keterangan penyanyi rap, Caprice akan dirakam selepas dia dihubungi polis dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol).

"Jadi kita akan merekod keterangannya dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," jelasnya ketika dihubungi.

Polis semalam memohon bantuan Interpol untuk mengesan Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat pendakwah Ebit Lew.

Ebit membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosial dipercayai turut berkait misi bantuan kemanusiaannya ke Palestin, baru-baru ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500/504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: