22 August 2021

IZZUE ISLAM BUAT LAPORAN POLIS, GAMBAR DISALAH GUNA PROMOSI PERJUDIAN



"Saya buat laporan polis ini untuk menafikan perkara ini. Mereka gunakan gambar saya tanpa izin. Jadi, saya takut kalau saya tak ambil tindakan, penyalahgunaan ini akan berterusan.

"Ini menjatuhkan reputasi serta memalukan saya dan kita juga sedia maklum bahawa perjudian adalah haram di sisi Islam," demikian kata pelakon dan penyanyi, Izzue Islam yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan berikutan penggunaan gambarnya oleh satu syarikat perjudian tanpa izin, semalam.

Izzue ketika dihubungi berkata, laporan polis dibuat untuk mengelakkan kekeliruan di samping menjaga nama baiknya sebagai orang Islam dan artis. Izzue menerima tangkap layar daripada beberapa pengikut di laman Instagram yang memaklumkan mengenai perkara itu.

Klik untuk gambar besar



"Ada beberapa pengikut di Instagram yang mengirimkan tangkap layar iklan itu kepada saya. Ada yang digunakan di Facebook dan Instagram. Kalau orang yang tahu bahawa iklan itu tidak benar, tak ada masalah. Kalau orang yang tak tahu dan salah faham, dah timbul fitnah," jelasnya.

Gambar yang digunakan itu pernah dimuat naik Izzue di Instagram dan kemudian diambil serta disunting pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah dia mempromosikan syarikat kasino dan perjudian.

Izzue yang hadir ke IPD Klang Selatan ditemani isterinya, Awin Nurin juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: