23 August 2021

IBU SYAMEL MENINGGAL DUNIA SELEPAS HAMPIR SEBULAN DITIDURKAN



"Doktor dah cuba yang terbaik tapi bukan rezeki, Allah lebih sayangkan umi. Saya reda dengan pemergiannya. Sekarang saya masih dalam proses menguruskan jenazah di hospital. Mungkin akan dibawa ke surau berdekatan dengan rumah.

"Saya akan lakukan yang terbaik mengikut SOP memandangkan dalam situasi sekarang. Insya-Allah kalau tiada apa-apa jenazah akan dikebumikan pada tengah hari ini," ujar penyanyi Syamel yang kehilangan ibunya Wan Faaizah Karim, 55 tahun.

Ibu Syamel disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta Kuala Lumpur pada jam 10.09 malam semalam setelah hampir sebulan dirawat akibat kekurangan oksigen. Meskipun doktor sudah melakukan yang terbaik, namun kata Syamel Allah lebih menyayangi arwah ibunya.

Klik untuk gambar besar



"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. YA ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA UMI KU, KAU PERLIHATKANLAH SYURGA BUAT UMI, KAU JADIKANLAH KUBURNYA SEPERTI TAMAN DI TAMAN2 SYURGA, KAU TERIMALAH SEGALA AMAL BAIKNYA DI DUNIA INI UNTUK DIJADIKAN TEMAN DI ALAM SANA , KAU TERANGILAH CAHAYA DIDALAM KUBURNYA, SESUNGGUHNYA UMIKU PERGI MENINGGALKAN SERIBU SATU AJARAN PADAKU YANG AKAN AKU AMALKAN HINGGA AKHIR HAYAT” AAMIIN YA RABBAL ALAMIN.

"Hanya doa yang baik2 saya harapkan daripada anda semua. Terima kasih," kongsinya di Instagram.

Untuk makluman, pada bulan lepas Syamel ada memaklumkan bahawa ibunya masih koma selepas terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen.

Takziah diucapkan!



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: