23 August 2021

SUHAIMI SAAD PERTIKAI MASUK MASJID, PERGI MALL KENA ADA SIJIL VAKSIN



“Vaksin ni Tuhan ke apa? Nampak macam lebih besar pulak dari MyKad dan syahadah. Nak masuk masjid, haji umrah, mall, kedai makan, semua nak kena dua dos dulu.

"Tak wajibkan vaksin, tapi itu tak boleh ini tak boleh. Rentas negeri tak boleh, haji umrah tak boleh, solat jumaat tak boleh, semua kena dua dos dulu. Ada aku kisah," kongsi penyanyi Suhaimi Saad (bekas anggota kumpulan nasyid In Team).

Kalau masih ingat, dia pernah mencetuskan kontroversi kerana berpendirian tak minat divaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Melalui media sosialnya, Suhaimi turut bertanyakan prosedur operasi standard (SOP) milik siapa dan turut disertakan dengan hashtag dajjal.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya, dia percaya kepada kekuasaan Allah dan tidak akan patuh kepada kerajaan yang zalim. Katanya lagi, dia tidak kisah jika tidak dibenarkan melakukan apa sahaja yang memerlukan dua dos vaksin.

"Ei geng Protaksub veksin, aku hormat korang sebab korang Muslim. Ko nak cucuk 18 kali sehari ke, nak mampos cepat ke, nak sembah dajjal ke, ko punya pasal la.. Tak yah nak menyemak kat sini. Aku tak add, tak panggil pun. jangan paksa aku maki korang eh," bidasnya pada pihak yang sering menyemak dan komen buruk di Instagramnya.


Terdahulu, Suhaimi juga seolah bengang dengan beberapa media yang membuat berita tentangnya tetapi sekadar mahu mensensasikan berita tersebut.

"Ada diorang up status korang? tak kan. Tu maksudnya.. ss ni barang baek. laku keras. 40 hari sekali, kalau tak viral, tak sah.

"Alhamdulillah, mudah mudahan makin beratlah timbangan kanan ss nanti. ameen," tulisnya seolah 'memulangkan paku buah keras'.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: