23 August 2021

AKHIRNYA ADIK & SUAMI SHERIE MERLIS DIBANTU DIBAWA KE PUSAT KUARANTIN



"Bila ramai yang tag tentang @sheriemerlis, abang long dan pasukan @kumpulan_megaklinik_zahran terus bergegas untuk melihat sendiri keadaan keluarga Sherie.

"Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.

"Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memudahkan segala urusan," tulis pelakon Sherie Merlis yang sebelum ini membuat rayuan berhubung keadaan adiknya yang positif Covid-19 bersama keluarganya yang memerlukan bantuan.

Menerusi hantaran video di Instagram pengguna akaun @nafidzrazak, dia telah berkongsikan kisah bantuan dihulurkan kepada Sherie dan keluarganya itu. Malah mereka juga sudah membuat ujian calitan di kediaman pelakon itu, semalam.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: