23 August 2021

" 'ON OFF' TAPI JODOH MEREKA SANGAT KUAT" - FASHA TERKEJUT ELISYA KAHWIN MUDA



"Sejujurnya pada mulanya saya agak terkejut bila dapat tahu adik dah bersedia untuk berkahwin sebab saya sendiri berkahwin ketika berusia 28. Manakala Elisya baru sahaja berusia 22 tahun. Tapi apa-apa pun, itu semua kerja Allah... kita merancang tapi Allah menentukan.

"Jodoh mereka sampai awal... lama sangat bercinta walaupun 'on off' tapi jodoh mereka sangat kuat. Uzair pun seorang lelaki yang baik dan gentleman. Saya yakin Uzair boleh memberikan kebahagian kepada Elisya.

"Bila memikirkan kebahagian adik, saya dan keluarga memberi restu sepenuhnya kepada mereka," itulah kata pelakon Fasha Sandha yang mengakui dia pada mulanya berasa terkejut apabila adiknya, pelakon Elisya Sandha meluahkan hasrat untuk berkahwin di usia yang masih muda iaitu 22 tahun.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun pelakon drama 'Scammer' ini menganggap jodoh pasangan itu kuat biarpun pernah beberapa berdepan dugaan. Gembira adik kesayangan sudah bergelar isteri, Fasha tidak melepaskan peluang menitipkan pesanan dan tip untuk bahagia dalam rumah tangga.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, berharap pasangan itu akan sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.

"Saya berulang kali berpesan kepada Elisya dari mereka bertunang sehingga sekarang. Pesanan saya agar mereka sentiasa menerima kekurangan satu sama lain.



"Paling penting, terima kekurangan dahulu sebelum kelebihan masing-masing. Sebab setiap pasangan kena saling melengkapi. Tiada manusia yang sempurna tetapi yang penting, masing-masing dapat memberi kebahagian antara satu sama lain," ujarnya.

Untuk makluman, Elisya selamat bernikah dengan anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, pada Sabtu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID).

Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi. Elisya turut menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: