13 August 2021

INDIVIDU AKUI SALAH & MINTA MAAF - LAN PET PET TAK BERHASRAT SAMAN



"Boleh sekiranya saya nak bertindak. Nak bawa ke insolvensi sehingga dia muflis pun boleh. Tapi bila fikirkan nanti saya buat benda-benda tak elok sehingga jejaskan periuk nasinya, saya tak mahu. Saya dah kenal pasti individu itu. Dia beritahu tak tahu cerita dan saya minta dia memadam video itu dan dia bersetuju.

"Ikutkan saya nak ambil tindakan, tapi kerana dia berani mengakui kesalahannya dan minta maaf, perkara ini selesai," kata anggota kumpulan Senario, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet yang tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang merakam video secara curi kononnya dia menjual barang terlarang yang tular, baru-baru ini.

Lan, 52, ketika ditemui berkata, walaupun kesal dengan kejadian itu, dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan selepas mendapat nasihat peguam. Menceritakan kejadian itu, Lan berkata, apa yang dijual adalah produk kesihatan lelaki yang secara dalam talian.

"Kebetulan pembelinya adalah seorang warga emas yang tidak pandai dengan pembelian dalam talian. Jadi, saya perlu hantar kepadanya. Video itu jika ditayangkan sepenuhnya tiada masalah, tapi ia sudah disunting dan ia buat saya marah. Kalau saya buat benda yang tak elok, reputasi saya lagi jatuh dan orang maki saya. Benda-benda bodoh ini tak pernah masuk dalam kepala saya," jelasnya.

Menurutnya, sejak isu tular pergaduhan dengan seorang warga emas dulu, dia dibantu peguam Datuk Dr Aswandi Hashim dari Aswandi Hashim & Co yang banyak memberi nasihat kepadanya.

Lan berkata, dia juga diambil sebagai pembantu khas guaman untuk syarikat guaman itu sejak awal bulan ini. Menurut Mazlan, dia bukan seorang yang panas baran, tetapi apabila netizen menghentam ibu bapa dan keluarganya, dia boleh hilang sabar.

"Provokasi nak hentam saya sebab ingat saya pelawak. Saya suka bagi orang ketawa, tapi saya bukanlah orang yang sempurna kerana saya juga melakukan kesilapan," ujar Lan yang kini sedang serius mempelajari bahasa Inggeris kerana mahu menyertai pertandingan Asia's Got Talent.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: