13 August 2021

IBU TIRI BERSYUKUR DAPAT TUNAIKAN AMANAH ARWAH SITI SARAH SEDEKAH RM30,000



"Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian. Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan.

"Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu. Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang.

"Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan," kata ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi yang mendedahkan arwah meminta semua wang dalam akaun peribadinya sebanyak RM30,000 untuk disedekahkan.

Dalam pada itu, Fatimah turut mmeberitahu Allahyarham memberi bayangan akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu. Fatima akui dia tidak menyangka hasrat Siti Sarah mahu berehat pada bulan Ogos petanda arwah berehat selama-lamanya.

Tambahnya lagi, arwah juga menyatakan hasrat mencari wajah baharu kempen promosi tiga produk keluarannya dan perkara itu disedari oleh kakitangan syarikat.

"Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. Tak sangka 'rehat' yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: