13 August 2021

NYANYIAN TERAKHIR SITI SARAH PENUH MAKNA



"Lagu terakhir nyanyian bidadariku: 28 Julai 2021. Assalammualaikum semua, Sengaja saya kongsikan video ni sebab saya takut video ni hilang dari simpanan saya. Jadi saya abadikan di dalam Channel ini. Ini lagu terakhir nyanyian Arwah pd 28 Julai 2021.

"Arwah yang beria-ria mintak saya record dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini, saya merasakan "satu perasaan yang sangat-sangat lain" cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat Istimewa...

"Bila di amati bait lirik, Ternyata ada "Sesuatu" arwah cuba sampaikan... InsyaAllah arwah kini tenang di syurga... TERUSKAN LAH MENDOAKAN ARWAH, JIKA RINDU, SEDEKAHKAN AL-FATIHAH YA..

"Semoga kita dapat kebaikan dunia dan akhirat 🙏 Amin," tulis pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu pada video nyanyian terakhir arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang dimuat naik di Youtube sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar



Penuh makna dan seperti memberi bayangan dirinya akan pergi buat selama-selamanya. Itu antara ungkapan yang terluah selepas menyaksikan sepotong video nyanyian terakhir Allahyarham Siti Sarah yang dimuat naik oleh suaminya dalam akaun YouTube, Shuib Channel tengah malam tadi.

Dalam video tersebut, Sarah yang memakai telekung berwarna putih menyanyikan lagu penyanyi Indonesia terkenal, Agnes Monica yang berjudul 'Tanpa Kekasihku' dengan penuh beremosi.

Difahamkan makna disebalik lagu tersebut ialah mengenai individu kehilangan kekasihnya yang pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Lebih hiba, setiap bait lirik lagu tersebut seperti memberi bayangan Sarah akan meninggalkan suami dan keluarga tercinta dan pergi ke negeri abadi.



Dalam ruangan komen, rata-rata netizen sebak sepanjang mendengar video nyanyian Allahyarham berdurasi tiga minit tersebut. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 670,000 tontonan dan lebih 2,600 komen.

"Ayat 'biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta' sangat dalam maknanya. Sebak mendengar nyanyian Allahyarham," komen seorang pengguna YouTube.

"Meremangnya dengar nyanyian terakhir Allahyarham terutama bahagian 'beraninya kau pergi dan tak kembali'. Semoga syurga tempatmu," tulis seorang lagi wargamaya.





ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: