15 August 2021

ISTERI SARAT HAMIL KENA DEMAM DENGGI BERDARAH - BAIM WONG MOHON DOA



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Paula Verhoeven, 33, yang juga isteri pelakon Baim Wong, 40, berkongsi dirinya berada dalam wad di hospital. Manakala, Baim dan anak mereka, Kiano Tiger Wong turut serta menjaganya.

Difahamkan, isteri Baim itu diduga sekali lagi apabila dijangkiti demam denggi berdarah pula baru-baru ini, selepas sebelum ini mencetuskan kerisauan selepas disahkan positif Covid-19 pada Mei lalu. Dia terpaksa menjalani kuarantin kendiri sejurus itu.

Meskipun beransur pulih, Baim meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesejahteraan isteri tercintanya itu berikutan Paula kini sarat hamil anak kedua mereka.

Klik untuk gambar besar



"Kesayangan saya sudah sembuh. Mohon doanya untuk kesihatan Paula sama bayinya. Selepas membaca kapsyen ini, ambil kesempatan untuk baca Al-Fatihah ya. Doa itu didengar Allah. Semakin banyak yang mendoakan, Insya-Allah doanya terkabul," katanya.

Untuk makluman, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Kiano Tiger Wong yang kini berusia satu tahun.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: