15 August 2021

"TERIMA KASIH ATAS DOA SEMUA" - IZARA MINTA KONGSI DIMANA BOLEH BELI TUDUNG LABUH



Pelakon Izara Aishah sebelum ini tampil manis bertudung labuh baru-baru ini ini. Dek kerana itu, ramai netizen menyambut baik penghijrahannya itu serta mendoakan agar isteri kepada Adib Khalid itu kekal istiqamah.

Terkini, menerusi satu twit di laman media sosial Twitternya, kelmarin, Izara telah bertanyakan peminat mengenai di manakah dia boleh membeli khimar (tudung labuh) untuk dipakainya.

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, turut mengucapkan terima kasih di atas doa-doa yang diterimanya setelah berhijrah itu.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, peminat memberi respon positif dengan perubahan menantu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu yang turut memadam gambar-gambar tidak bertudungnya di laman Instagram.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen tampil mencadangkan jenama-jenama khimar yang dirasakan bersesuaian untuk pilihan ibu kepada Irisa Alaia itu.

Meskipun Izara belum lagi memberi penjelasan mengenai status penghijrahannya itu, peminat seolah-olah mendapat bayangan bahawa pelakon filem 'J Revolusi' itu kini sudah bertudung sepenuhnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: