06 August 2021

JANNA NICK KEMBALI MENGACARA, KALI INI JADI HOS BANTERAS COVID-19 DI TV1



Pelakon Janna Nick baru-baru ini telah diberi kepercayaan sekali lagi menggalas tugas sebagai hos menerusi rancangan terbaru, 'Banteras Covid-19'. Program berinfomasi ini bakal bersiaran di saluran TV1, bermula Ahad ini.

Menerusi muat naik di akaun Instagram, Janna atau nama sebearnya Nurul Jannah Muner ada berkongsi satu rakaman video promo rancangan tersebut buat tatapan umum.

"Realiti hari ini. Semuanya dalam #banterascovid19 Ahad ini,12 tengah hari di TV1 @rtm_malaysia 8.30 malam di @bernamatvofficial 9.45 malam di @tvstvmy ( nak pergi mana baju pink pink tu)," tulisnya.

Difahamkan, rancangan mingguan terbaru itu akan memaparkan pelbagai informasi terkini situasi pandemik Covid-19 negara untuk dikongsikan bersama penonton.

Klik untuk gambar besar




________ IKLAN ________

GARA-GARA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, ANDA KEKURANGAN BARANGAN DAPUR, KEPERLUN RUMAH DAN BARANGAN PENTING LAIN?
 
JANGAN BIMBANG... BELI MELALUI ONLINE SAHAJA. IA BUKAN SEKADAR MUDAH DAN SELAMAT, TETAPI ANDA JUGA AKAN MENDAPAT PENGHANTARAN PERCUMA, DIBERI POTONGAN DISKAUN YANG HEBAT SERTA WANG PERCUMA RM15 BAGI MEMBELI BARANGAN PERTAMA ANDA.

TERKINI... JUALAN 8.8 TELAHPUN BERMULA. JOM SHOOPING DAN DAPATKAN HARGA LEBIH MURAH & BERBALOI.
 
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!



JANGAN KETINGGALAN... KUALI JENAMA TEFAL YANG TIDAK MELEKAT DAN DIIKTIRAF BERKUALITI DIPERSADA ANTARABANGSA. TERKINI... TEKNOLOGI YANG PALING CANGGIH TANPA CALAR, KERAS & TAHAN LASAK. JANGAN TERLEPAS JUALAN PERKENALAN PADA 8.8 INI.

_______ IKLAN _________

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja serta menitipkan ucapan tahniah kepada bintang berusia 26 tahun.

"Hari Ahad kita sekarang bersama tv1... yeayy blh tgk kesygan tiap2 minggu" - "Wahhh terbaik Janna .. btw congrats.. wajib tengok nnt" - "Program mmg mcm ni mmg kak Rozie paling suka tgk. Bila kesayangan jadi host, mmg Makin tak sabau nk tgk," itulah antara komen-komen peminatnya.

Sebelum ini, Janna bersama rakan pengacara Awal Ashaari pernah mengalas tanggungjawab sebagai hos rancangan hiburan popular Melodi yang bersiaran di TV3.

Bagaimanapun, perkhidmatan Janna sebagai hos Melodi telah ditamatkan oleh pihak stesen TV3 setelah hampir 4 tahun mengendalikan rancangan tersebut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: