22 August 2021

JINGGO SEBAK TAK DAPAT TEMAN ANAK KETIKA NIKAH



"Dah besar... This is the day. Haq, all the best and I'm so sorry sebab I tak dapat teman you macam mana datuk teman I masa dengan mama you. Just relaks, be yourself. You don't have to be like datuk, you don't have to be like me, be yourself...

"Insya-Allah, you can do it," itulah kata-kata suami pelakon dan penerbit Sheila Rusly, Jinggo yang meluahkan rasa sedihnya kerana tidak dapat bersama anaknya, Uzair Haqimy ketika pernikahan dengan pelakon Elisya Sandha, pada Sabtu lalu.

Umum mengetahui bahawa sebarang majlis pernikahan hanya boleh dihadiri oleh pasangan pengantin dan wali nikah sahaja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak bertanggungjawab.

Oleh sebab itu, keluarga rapat dan sahabat handai hanya mampu melihat upacara tersebut menerusi rakaman atas talian sahaja. Daripada perkongsian itu, Jinggo dilihat sebak dan menangis kerana terpaksa membiarkan Uzair melalui majlis tersebut tanpa sokongannya.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata pengikut turut sedih apabila melihat Jinggo yang menahan air mata daripada jatuh semasa memberikan kekuatan dan pesanan buat anak sulungnya itu.

Walaupun sederhana, namun majlis pernikahan adik kepada pelakon Fasha Sandha dan Uzair berlangsung dengan lancarnya. Pasangan itu selamat dinikahkan jam 3.11 petang semalam di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Pada majlis tersebut, Elisya menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 serta menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: