12 August 2021

KES NEELOFA & PU RIZ DITUNDA LAGI - TARIKH SEBUTAN BARU BELUM DITENTUKAN



Sebelum ini media melaporkan tarikh asal sebutan semula kes yang melibatkan selebriti Noor Neelofa dan dan juga suaminya, Haris Ismail sepatutnya adalah pada 23 Jun namun ditangguhkan kepada 15 Julai disebabkan oleh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, PKPD di Seremban telah melanjutkan bicara kes pada hari ini (12 Ogos) namun ia telah ditunda lagi sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan tidak lama lagi..

Kedua-dua selebriti terkenal ini sebelum ini telah didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini.

Menurut peguam yang mewakili pasangan itu, tarikh sebutan baru masih belum ditentukan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar besar



Pasangan itu didakwa pada 20 Mei lalu dan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Antara kesalahan yang disabitkan adalah kegagalan mematuhi SOP PKPB seperti tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Jika sabit kesalahan, pasangan ini berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: