15 August 2021

KINI FIEYA JULIA PULA BERHIJAB



"Saya mula mengenakan tudung pada Jumaat lalu. Sebelum ni saya memang teringin nak bertudung tapi rasa belum bersedia kerana risau keputusan itu akan mengganggu perjalanan karier.

"Sekarang ini saya dah tak kisah, saya pilih untuk terus bertudung dan mahu berubah ke arah yang lebih baik. Sejujurnya, awal-awal sebelum buat keputusan berhijab, ada sedikit rasa bimbang tapi saya anggap ini dugaan dan kena terus kuat.

"Inilah masanya untuk saya persiapkan diri dengan hal agama... kalau orang tanya apa sebab saya bertudung, memang susah nak terangkan tapi itu la hakikatnya. Apa yang saya lakukan ini adalah atas kemahuan saya sendiri," demikian kata penyanyi Fieya Julia yang kini tampil dengan imej menutup aurat, setelah lama menyimpan hasrat mengenakan hijab.

Menurut Fieya atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali, 21, dia mengubah penampilannya itu atas kerelaan diri kerana mahu menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Fieya berkata dia sudah memadam gambar-gambar lamanya di media sosial termasuklah dalam simpanan telefon bimbit. Dalam masa sama, penyanyi lagu 'Perasaanku' ini mengakui dirinya menjadi lebih tenang selepas mengambil keputusan mengenakan hijab.

"Saya dah padam semua foto yang ada di media sosial... malah gambar dalam telefon bimbit pun saya padam supaya tak rasa tergoda dengan gambar lama. Saya tak mahu simpan gambar freehair.

"Selepas bertudung ni saya rasa lebih tenang setiap hari. Sebelum ini saya agak tertekan, tapi sekarang ini saya rasa lebih bersemangat dan positif.

"Saya suka dengan suasana sekarang ini, akhirnya saya dapat capai impian saya untuk terus bertudung dan doakan saya istiqamah dalam mencari keredaan Allah," ujarnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: