06 August 2021

MASALAH PERNAFASAN & BATUK - IBU AIMAN TINO SAMBUNG KUARANTIN COVID-19



"Setakat ini, saya dan anak-anak di rumah sudah tamat kuarantin kendiri, cuma isteri saya perlu menyambung proses kuarantin di rumah. Ini berikutan masalah pernafasan dan batuk yang dialaminya memandangkan dia juga adalah pesakit asthma.

"Jadi, selepas kuarantin, pada 9 Ogos nanti, dia sekali lagi perlu menjalani ujian saringan," kata bapa kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak yang memaklumkan isterinya, Hazelina Mat Jalil perlu menyambung proses kuarantin kendiri akibat positif Covid-19 sehingga 8 Ogos ini selepas menjalani pemeriksaan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Hulu Selangor, hari ini.

Bapa Aiman itu juga berkongsi keadaan kesihatannya yang kini semakin pulih dan baru sahaja selesai menjalani kuarantin kendiri semalam.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, sepanjang tempoh kuarantin, saya tak mengalami masalah pernafasan dan selesai menjalani kuarantin semalam. Cumanya, deria rasa dan deria bau masih lagi terganggu, tetapi tidak seteruk sebelum ini.

"Anak-anak yang berada di rumah juga dah selesai menjalani kuarantin dan saya ajak mereka untuk bersama-sama membersihkan dan menceriakan keadaan rumah. Sedikit sebanyak, itu boleh membuatkan kami lebih ceria dan dapatkan 'mood' positif dalam situasi sekarang," jelasnya lagi.

Terdahulu, 10 anggota keluarga penyanyi lagu 'Ku Rela Dibenci' itu disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: