06 August 2021

DITIDURKAN DI ICU - SITI SARAH HAMIL 7 BULAN PERLU DIBEDAH KELUARKAN BABY



Pelawak Shuib Sepahtu menerusi perkongsian di laman Instagram telah memaklumkan isterinya, penyanyi Siti Sarah yang kini sedang sarat hamil 7 bulan itu perlu menjalani pembedahan kira-kira jam 2 petang ini untuk mengeluarkan bayi. Shuib dalam entri tersebut turut memohon orang ramai mendoakan pembedahan tersebut dipermudahkan dan keadaan isteri serta anaknya baik-baik sahaja.

Sementara itu, pengurus Siti Sarah iaitu Nana Mohamad Rom memaklumkan sekitat 12 tengah hari tadi Sarah sudah ditidurkan selepas dimasukkan ICU pagi tadi berikutan oksigen tidak stabil.

"Alhamdulillah, Shuib baru menghubungi saya. Katanya, sebaik habis sahaja bacaan Yassin tengah hari tadi, doktor hubungi dia dan beritahu keadaan Sarah makin stabil.

"InsyaAllah jam 2 petang ini doktor akan buat pembedahan keluarkan bayi. Kalau pembedahan ini berjaya, Insya-Allah semuanya okey. Insya-Allah Sarah akan okey.

Klik untuk gambar besar



"Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga. Insya-Allah dengan pembedahan terbabit dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini," katanya.

Berikutan itu, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraannya, majlis bacaan Yassin diadakan yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf. Menurut Nana, dia berterima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yassin untuk kesejahteraan diri dan bayi dalam kandungan penyanyi itu.

Shuib sebelum ini menerusi Instagram memaklumkan isteri dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.



"Assalammualaikum Salam Jumaat semua, Pg td isteri sy telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik. SY MOHON DIHARI BAIK,HARI JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA, AMIN. @sitisarahraissuddin #covidfighter #06082021," tulis Shuib.

Terdahulu, penyanyi lagu 'Kesetiaan' itu dilaporkan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin. Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu. Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: