07 August 2021

MASIH DI ICU - FAZLI ZAINAL RASA BADAN 'LEMAU'



Ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan Covid-19, keadaan penyanyi Fazli Zainal kini kian stabil. Fazli ketika dihubungi berkata, bagaimanpun hari ini badannya sedikit tidak lemah atau tidak bermaya berbanding sebelum ini.

"Hari ini, saya rasa lemau sedikit. Tak tahu kenapa, bangun pagi tadi rasa lemau. Mungkin kerana suhu dalam wad yang sangat sejuk pada waktu malam dan bila siang baru mula panas.

"Setakat ini, saya masih lagi menggunakan 'double oxygen'. Tapi, doktor maklumkan tahap oksigen saya sudah semakin meningkat antara 90 hingga 93 peratus. Doktor harap angka ini dapat dikekalkan untuk memastikan saya stabil," katanya.

Bagi memastikan diri bertenaga, Fazli memaksa dirinya untuk makan buah-buahan: "Saya paksa diri untuk makan buah. Kalau tak, tak ada tenaga susah juga untuk cepat sembuh," ujarnya.

Penyanyi lagu 'Harapan' dan 'Sejuta Nafas Cinta' itu juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai dan semua yang mendoakannya dan menganjurkan majlis bacaan Yassin.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Doakan saya," tutur Fazli yang sebelum ini dikejarkan ke Hospital Ampang selepas tahap oksigennya menurun sehingga 75 peratus.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: