26 August 2021

MENANGIS RINDU ANAK - PELAKON INDONESIA MENYESAL HINA BEKAS ISTERI 'BAU IKAN MASIN'



Kisah pelakon Indonesia Galih Ginanjar yang menyamakan kemaluan bekas isterinya, Fairuz A. Rafiq seperti bau ikan masin telah menggemparkan media tempatan sebelum ini. Susulan tindakannya menghina bekas isterinya itu, pelakon berkenaan telah menerima pelbagai kecaman, malah turut dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun 4 bulan.

Selepas dibebaskan, Galih mengakui menyesal dengan tindakannya itu dan mahu memohon maaf. Menerusi satu temubualnya di saluran YouTube Indonesia, Galih berkata dia sudah menyesal dan rindu akan anak lelakinya, King Faaz Arafiq yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya.

Kata Galih lagi, dia sudah lost contact dengan bekas isterinya sekaligus menyebabkan dia tidak dapat lagi berhubung dengan anak lelakinya. Malah, dia pernah menghantar mesej di Instagram pada April lalu namun mesej tersebut tidak dibalas. Dia berasa sangat menyesal kerana telah menghina bekas isteri sehingga hubungannya dengan anak terjejas.

Klik untuk gambar besar



"Itu spontan kalau ngomongin Faaz gua sedih karena gua belum bisa jadi ayah yang baik buat dia. Terus gua juga belum bisa bersama dia, belum bisa ketemu dia. Karena gua sendiri untuk ketemu jujur malu, kenapa karena dengan kelakuan gua kemarin gua jadi malu untuk ketemu dia dan takut apa dia mau ketemu apa nggak," katanya.

Dalam pada itu, Galih turut menceritakan keegoannya dahulu dimana dia sangat kesal apabila dia pernah berkata mahu membuat ujian DNA terlebih dahulu jika anaknya ingin bertemu dengannya.



"Gua pernah ngeluarin statemen kalau mau ketemu gua harus tes DNA dulu, itu adalah hal yang sebenarnya tidak boleh diucapkan pada saat itu, itu adalah bukti kemarahan dan keegoisan gua," ujarnya.

Jujur terlalu rindu, Galih mengalirkan air mata ketika berbicara soal anak melalui sesi podcast Kriss Hatta. Meskipun begitu, dia menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang masih belum 'move on' dengan kejadian 'ikan masin'.

Apatah lagi ketika itu pelakon Indonesia ini turut mendedahkan secara umum bahawa bekas isterinya itu mempunyai masalah kebersihan diri dan malas mandi. Bagaimanapun, Galih menerima semua kecaman kerana apa yang terjadi hari ini adalah kesilapannya sendiri. Dia sendiri malu untuk bertemu anak gara-gara kejadian itu.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: