24 August 2021

MENTANG-MENTANG AKU ARTIS, SELEBRITI - SAJAT



"Tak perlu asyik nak mempersoalkan kenapa JAIS kejar, minta tolong polis tangkapkan. Pasal kes tak nak pergi JAIS sahaja. Sebab aku ni retis (artis), pasal itu jadi kecoh," ujar usahawan sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menegaskan dirinya bukan pelarian.

Malah melalui video yang dikongsi di akaun Facebook, Nur Sajat berkata, dia kini menjalani kehidupan seperti biasa cuma enggan pergi ke Jabatan Agama Islam (JAIS) selepas waran tangkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah.

Menurut Nur Sajat, keengganannya menyerah diri turut menjadi sensasi kerana dia merupakan seorang selebriti, demikian lapor Kosmo.

Untuk info, pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah di hadapan Mohammad Khalid atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan Agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Kesalahan itu dilakukan di Nursajat Beauticion, Seksyen 16 di sini pukul 7.30 malam pada 23 Februari lalu.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor ) 1995.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: