20 August 2021

MINTA BANTUAN INTERPOL - POLIS AKAN AMBIL KETERANGAN CAPRICE, NADIR SECARA ONLINE



"Kita telah memohon bantuan Interpol dan sedang menunggu jawapan daripada pihak Interpol bagi sebarang perkembangan terbaharu. Kita sedang berhubung dengan kedua-dua mereka (Caprice dan Nadir) untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan secara dalam talian," demikianlah kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.

Polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi berhubung dengan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Superintendan Ashari berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima tarikh untuk mengambil keterangan Nadir Al-Nuri dan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Sebelum ini, polis sedang berhubung dengan Caprice dan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk menetapkan tarikh diambil keterangan secara dalam talian.

Klik untuk gambar besar



Ashari memberitahu, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 kanun yang sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: