20 August 2021

BILA ALIFF SYUKRI CUBA NASIB DI PRU KE-15: "SIAPA YANG KATA GIMIK?"



"Siapa yang kata gimik? Saya memang menaruh harapan nak masuk politik. Ikhlas dari hati memang saya serius nak mencuba bidang politik selepas ini. Kalau boleh saya nak jadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, seterusnya diangkat memegang jawatab perdama menteri. Saya yakin mampu membawa tugas PM dengan baik.

"Aku serius ni tau bukan main-main. Dekat luar negara pun ramai sahaja PM dan presiden yang dilantik dalam kalangan ahli perniagaan," itulah ujar jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai impiannya yang mahu menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan bukan hanya angan-angan kosong sahaja.

Impiannya itu bukan hanya angan-angan kosong sahaja, ini kerana menurut Aliff, dia sudah lama memikirkan perkata itu dan bersedia untuk mencuba nasib bertanding di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tahun hadapan. Dalam pada itu, Aliff berkata dia lebih bersemangat untuk membangunkan Malaysia untuk mejadi negara hebat di mata dunia selepas menerima sokongan hebat daripada pengikutnya.

Klik untuk gambar besar



"Secara jujurnya saya nak jadi PM sebab nak ubah Malaysia jadi lebih baik, kalau saya berjaya dalam perniagaan tak mustahil saya boleh bawa Malaysia lebih hebat selepas ini. Pengikut saya di media sosial pun banyak bagi sokongan walaupun ada masa saya pun keliru sebenarnya mereka iklas sokong atau nak perli saya.

"Tak apalah saya sanggap mereka ikhlas mahu saya jadi PM. InsyaAllah saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sanggup bermula dari bawah, tolonglah jangan kecam saya, berilah saya peluang untuk buktikan dan berjasa kepada anda semua," tambahnya lagi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: