20 August 2021

MASUK HOSPITAL - HARUN HASHIM KONGSI KEADAAN TERKINI DIA & ISTERI



Menerusi muat naik hantaran di laman Facebook hari ini, Exco Agama dan Muafakat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Salman al-Farisi memaklumkan pelakon Harun Hashim, 65, dan isterinya, Sakinah telah dimasukan ke sebuah pusat perubatan di Subang sejak tiga hari lalu.

Salman berkata, Sakinah menjalani pembedahan kira-kira 10 pagi hari ini dan meminta semua pihak mendoakan Harun dan isterinya cepat sembuh.

Pelakon yang sinonim dengan watak hero drama TV sekitar 1970-an sehingga awal 1990-an itu ketika ditanya berkenaan hal tersebut, memberitahu dia mengalami tekanan darah tinggi dan dia yang ditidurkan sebelum ini sudah sedar, manakala isterinya pula menjalani pembedahan akibat barah otak dan masih belum sedar.

"Alhamdulilah keadaan saya dah sedikit okey. Isteri pun baru habis menjalani pembedahan. Alhamdulillah dia dah selamat cuma belum sedar lagi," jelasnya.

Sebelum ini, Harun dilaporkan membantu isterinya mengusahakan perniagaan makanan di sebuah restoran di Batu Caves Centerpoint sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Dia juga turut membuka cawangan kedua perniagaan mereka di Sentul, selain berniaga secara dalam talian.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: