"Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali. Kedua-dua belah pihak dah bersetuju dan kalau tiada aral melintang, majlis akan berlangsung pada 21 Ogos (Sabtu) ini. Insya-Allah," itulah kata pelakon Remy Ishak, 39, yang mengesahkan hubungannya dengan usahawan Ezza Yusof kembali bertaut dan bakal mendirikan rumah tangga bersama pada pagi Sabtu ini.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak yang mengakui hubungan dengan Ezza penuh dengan dugaan dan ujian sebelum ini itu mengumumkan perkara tersebut menerusi satu acara program televisyen di Astro Ria.
"Akan bernikah di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
"Kalau boleh memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, Insya-Allah kami akan buat," jelasnya.
Kata Remy, dia sebenarnya telah membuat perancangan awal untuk menikahi bekas tunangnya itu pada Mei lalu, iaitu selepas sambutan Aidifitri sempena menyambut bulan kemenangan bagi umat Islam, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu dibatalkan.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya saya patut berkahwin tahun ini tetapi pandemik kacau. Kemudian, tidak lama menjelang hari perkahwinan yang telah ditetapkan, PKP disambung kembali dan menyebabkan perancangan itu tertangguh sehingga sekarang.
"Saya pun nak kahwin masa bulan Syawal sempena orang cakap, meraikan hari kemenangan Islam. Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Azza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang namun bercantum kembali.
"Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar dari kehendak kami," ujarnya.
Untuk makluman, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada sekitar tahun 2019. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bercantum kembali tahun ini.
Selepas putus tunang, pelakon berkulit hitam manis itu kemudiannya meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran sekali gus mengesahkan memberi bayangan bahawa hubungan cinta mereka kembali bertaut.
________________________

No comments:
Post a Comment