03 August 2021

NABILA HUDA: "CIUMAN TERAKHIR UNTUK TOK MAH KU SAYANG"



Pelakon Nabila Huda menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya telah berpeluang menguruskan jenazah arwah nenek tercinta, Fatimah Idris, 91, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara, semalam.

Nabila yang mesra disapa Abil berkata, dia juga bersyukur apabila hasratnya untuk berbakti buat kali terakhir kepada arwah dimakbulkan Tuhan.

"Ciuman terakhir untuk Tok Mah ku sayang. Dulu masa Abil kecil, Tok Mah selalu mandi dan siapkan Abil. Hari ini Abil siapkan atok, pakaikan wangi-wangian dan solat jenazah untuk atok. Tercapai hasrat Abil nak buat semua ini untuk kali terakhir. Tok Mah tunggu Abil di sana," katanya

Menurut Abil, kehilangan seorang lagi nenek tercinta tahun ini adalah permulaan Ogos yang menyedihkan buat dirinya. Tambah Abil, dia akui terbit rasa ralat apabila hasrat untuk menceritakan perubahan dalam dirinya yang kini rajin mengaji tidak kesampaian.

"Tahun lepas Abil kehilangan nenek kesayangan dan tahun ini kehilangan seorang lagi nenek kesayangan. Ini yang terakhir. Tak tahu bagaimana nak luahkan. Permulaan Ogos yang menyedihkan. Tok Mah Abil adalah cikgu mengaji. Dari Abil kecil sampai besar bila balik, memang Tok Mah akan jerit suruh mengaji.

Klik untuk gambar besar



"Abil adalah pelajar yang paling degil dan malas. Nak mengaji pun kena paksa sampailah Abil habis mengaji dengan Tok Mah. Dia buat majlis khatam al-Quran ketika itu.

"Tak sangka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu, Abil kembali mengaji semula. Sepanjang Abil mengaji mesti teringat arwah sebab dulu degil nak mengaji, tapi sekarang rela hati nak mengaji," ceritanya lagi.

Terdahulu, bapa kepada Abil yang juga penyanyi legenda, Amy Search berkongsi berita duka di Instagram mengenai pemergian ibunya akibat sakit tua, pada petang kelmarin.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudara di Kota Damansara pada jam 6 petang kelmarin dan selamat dikebumikan petang semalam.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: