03 August 2021

HANTAR WRIT SAMAN - NANA TUNTUT 5 SEKAWAN RM500K SETIAP SEORANG & MOHON MAAF



"Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin)," demikian jelas peguam Alan Razak yang mewakili Lan Solo, Syura Badron serta tiga lagi individu mengesahkan lima anak guamnya menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi dan pelakon Siti Nordiana.

Menerusi tuntutan saman tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Berbanding RM200,000 setiap seorang sebelum ini, sekarang penyanyi 'Angkara' itu menuntut lima individu terbabit membayar RM500,000 setiap seorang yang menjadikan jumlah sebanyak RM2.5 juta.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.

"Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini. Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.

Klik untuk gambar besar



"Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh," katanya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan iaitu Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya. Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

Untuk rekod, kontrovesi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: