09 August 2021

NADIR DEDAH ARWAH SITI SARAH KEJAR AMAL KEBAJIKAN TERAKHIR



"Saya baru dihubungi arwah Siti Sarah sebelum Aidiladha lalu untuk mengikuti program korban di Gaza. Masa itu, saya terkejut apabila arwah memaklumkan mahu korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit.

"Bukan satu bahagian, seolah-olah sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebajikan terakhir," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengenai arwah Siti Sarah.

Pemergian penyanyi popular itu mengejutkan ramai termasuk Nadir yang berada di Wilayah Gaza apabila tersentak ketika membaca berita pemergian isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu.

Jelas Nadir, tidak hanya itu, arwah dikatakan kerap berhubung dan bertanya mengenai keadaan umat Islam di Palestin.

Klik untuk gambar besar



"Rupanya Allah takdirkan, nyawa diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli nasib, malah sudah didoakan ratusan penduduk di Palestin yang merasa daging, tahun ini," katanya.

Berkongsi menerusi laman sosial, Instagram (IG) dan Telegram, Nadir mendoakan ketenangan penyanyi lagu Semakin itu.

"Beruntunglah dikau, diberi syahid dunia sambil didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, Al-Fatihah," tulis Nadir.

Allahyarham Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini. Pemergian Sarah disahkan oleh suaminya di laman IG, pagi ini.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: