29 August 2021

NAK MATI BILA DAH SOLAT BERSAMA ISTERI - ZUL ARIFFIN LUAH RASA SEPI



"Kalau saya berkahwin, perkara yang ingin dilakukan ialah solat bersama dan memegang tangan isteri. Itu yang saya nak lakukan sebelum mati. Sebelum saya mati, saya nak mati sebagai suami orang. Itu sahaja," begitulah luahan hati Zul Ariffin yang kini sudah menjangkau usia 35 tahun.

Meskipun menjadi kegilaan ramai wanita yang sering mencuba nasib menggodanya di laman Instagram, namun entah kenapa Zul masih 'bujang' dan tidak punya teman istimewa.

Bagaimanapun, melalui sesi Live baru-baru ini, Zul tiba-tiba meluahkan rasa hatinya akibat hidup membujang. Dakwanya, dia sebenarnya turut terkesan dengan wabak yang melanda negara kerana kurangnya aktiviti harian.

Dalam live itu, secara spontan segelintir peminatnya bertanya bilakah Zul akan berumah tangga? Jawap Zul secara spontan juga, dia teringin solat bersama isteri jika berkahwin dan kemudian 'menutup mata' sebagai seorang suami.

Pengakuan Zul itu menyedihkan pemintnya sekaligus mereka mendoakan Zul cepat-cepat bertemu jodoh.

Klik untuk gambar besar



Malah di Instagramnya juga, ada segelintir peminat yang menaruh hati secara senyap serta ada juga menawarkan diri untuk menjadi calon isteri Zul hingga setiap hari dia akan membuka laman tersebut untuk mengetahui perkembangan pelakon itu.

"Haii Kemane aja abang? Hehehhe I keep See Your IG but Not Active 😢😢, Now I Happy Sangat. Take Care My Idol Crush- From Indonesia with ❤️," tulis peminatnya meylisatarigan dari negara jiran.

"Hii jangan kahwin lagi tau. Tunggu saya habis study lagi 2 tahun jeeee," seloroh pengguna IG humairarosmadi seolah serius dengan usikannya itu.

"Jangan kahwin lagi bang.. saya dah broken dengan remy. Harap harap saya tabah dengan abang zul," usik yang lain pula.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: