29 August 2021

MASUK HOSPITAL DI JORDAN - CAPRICE ALAMI DEMAM, PANIC ATTACK



"2nd dose lain macam... InsyaAllah after a day we will be back up. Fever + panic attack. nasib baik nurse2 dekat sini masyaAllah," itulah kata penyanyi rap Caprice menerusi laman Instagram miliknya yang memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital dipercayai di Mesir selepas mengalami demam dan panic attack.

Dalam entri tersebut, Caprice memberitahu dia mengalami demam dan panic attact selepas menerima suntikan dos kedua vaksin serta sedang menerima bantuan oksigen. Kata Caprice lagi, dia dalam keadaan baik sahaja dan akan kembali meneruskan misi dalam beberapa hari lagi selepas sembuh.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Caprice turut memuat naik video memaparkan lengannya dimasukkan air serta kesan pengambilan darah.

Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan penyanyi rap itu cepat sembuh apatah lagi berada di negara orang.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: