15 August 2021

PENAMPILAN BERTUDUNG NANA MAHAZAN 'PANCING' PERHATIAN



Ketika melakukan sesi siaran langsung di Instagram, hari ini, pengacara Nana Mahazan dilihat tampil dengan penampilan baru dimana dia memakai tudung. Imej terkini Nana itu telah mencuri perhatian ramai.

Sambil melakukan promosi produk Sambal Sardin Selauk Nana, ibu kepada dua cahaya mata ini turut ditanya mengenai penampilan terkininya itu.

Menurut Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 38, dia menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang menggembirakan.

"Saya tidak mahu untuk bercakap mengenai perkara ini terlalu banyak kerana ia sesuatu yang selalu ada di dalam fikiran sejak sekian lama.

Klik untuk gambar besar



"Ia bukan suatu yang diraikanlah... tetapi sesuatu yang mengembirakan. Saya tahu kalian turut sama tumpang gembira kerana saya selalu minta mendoakan," katanya.

Hos program #HTV di RTM itu bersyukur kerana hasratnya dimakbulkan. Turut sama di dalam sesi siaran lamgsung berkenaan ialah suaminya, Raqeem Brian Abdullah.

"Hari ini, sebelum Asar dan hujan telah pun turun dengan lebatnya. Ia sangat-sangat apa orang cakap.... makbul doanya. InsyaAllah kita doakan yang baik-baik untuk semua," ujarnya lagi.

Untuk makluman, Nana mendirian rumah tangga dengan Brian pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, iaitu Althea dan Aaqib.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: