15 August 2021

YANA SAMSUDIN SEDIH 12 ANGGOTA KELUARGA POSITIF COVID-19



"Dukacita dimaklumkan, ahli keluarga saya iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif Covid-19. 12 orang semuanya termasuk anak-anak. Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh membuat ujian calitan sebab Kak Long saya tidak bergejala. Anak Kak Ngah saya juga tidak bergejala. Sama-sama kita jaga kesihatan.

"Sedihlah. Tak tahu nak sedih atau apa. Semoga mereka kuat dan sihat semuanya," tulis pelakon Yana Samsudin yang berkongsi berita duka apabila 12 anggota keluarganya disahkan positif Covid-19.

Dalam hantarannya di Instagram Story, Yana memaklumkan, dua kakaknya juga antara yang dijangkiti. Terdahulu, Yana meluahkan perasaannya di platform sama semalam.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: