30 August 2021

RAMAI ORANG INDUSTRI DAH KENAL - ANDI BERNADEE DEDAH 'SUSPEK' PENGURUS SEORANG LAGI ARTIS



"Maaf saya tak boleh lagi dedahkan nama apatah lagi wajah suspek selagi kes dalam siasatan. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, kita semua akan tahu siapa dia. Alhamdullilah, hampir semua kenalan dalam industri hiburan sudah tahu perkara ini dan kenal siapa orang itu.

"Maklumlah, suspek juga merupakan pengurus kepada seorang lagi artis," itulah tulis penyanyi andi Bernadee menerusi sebuah hantaran Instagram Storynya untuk tatapan peminat.

Susulan daripada kes penipuan yang melibatkan kawan baiknya, Andi tampil memberi sedikit bayangan tentang siapakah 'suspek' yang telah melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab tersebut sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM70,000.

Klik untuk gambar besar



Dedah penyanyi lagu Satu Peluang itu, individu tersebut merupakan pengurus kepada seorang penyanyi rap terkenal negara. Malah, Andi juga turut meletakkan sepotong lirik lagu rap popular dalam hantarannya itu.

Dalam pada itu, Andi turut meminta mana-mana pihak supaya tidak menyebut nama mana-mana individu kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan. Pelakon 'Melastik Ke Hatimu' tersebut sebelum ini ada tampil menafikan beberapa nama rakan artis sebagai 'suspek' kes tersebut.

Terdahulu, Andi hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membuat laporan polis berhubung seorang individu yang telah melakukan pecah amanah dan menipu wang miliknya difahamkan mencecah puluhan ribu ringgit.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: