30 August 2021

NETIZEN PERSOAL ALAT SULIT SUAMI - AYDA JEBAT TAMPIL 'BIDAS'



Menerusi muat naik di Insta Story, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi satu paparan dimana seorang warganet telah meninggalkan komen berbaur lucah dan berlebihan tentang dirinya dan suami, pengacara Nabil Mahir.

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh netizen biadap itu, dia seakan-akan mengkritik dan merendahkan bentuk fizikal penyanyi lagu 'Pencuri Hati' tersebut: "Biasalah kalau kembang sangat mana laki nak. Padahal laki punya pun taklah besar mana," katanya.

Akibat berasa individu tersebut keterlaluan, Ayda telah membalas komen tersebut beberapa jam selepas itu dengan memuat naik status di Instagram Story miliknya.

Klik untuk gambar besar



"Maksud makcik yang beranak normal akan kembang ke, sibuk betul pasal po** orang, jaga po** dan suami punya sendiri je makcik," balas Ayda yang bakal bersalin tidak lama lagi.

Baru-baru ini, pelakon drama 'Bukan Gadis Biasa' tersebut memaklumkan dirinya akan melahirkan anak sulungnya secara pembedahan dan tindakannya itu telah menerima kecaman hebat dari netizen.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: