30 August 2021

AZLEE SIFAT LAN PET PET SEORANG INSAN BAIK



"Kalau tak kenal Lan Pet Pet, orang akan ingat macam tu, kita Senario dah 25 tahun... kita kenal hati budi Lan, dia seorang yang baik. Tohmahan begitu ia akan menjatuhkan fitnah, saya kenal Lan Pet Pet tu siapa, dia seorang yang suka bergurau senda dan happy go lucky," ujar pelakon dan pelawak Azlee Senario.

Azlee menyifatkan rakannya iaitu Lan Pet Pet yang terkait dengan dakwaan menjual barangan terlarang adalah seorang individu yang baik dan ceria.

Sementara itu, Azlee berharap pengguna media sosial tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih yang berlegar-legar di alam maya. Ujar Azlee atau nama sebenar Azlee Jaafar, sebarang berita yang tidak sahih dianggap satu fitnah yang akhirnya boleh menjatuhkan seseorang individu.

"Kalau kita tidak kenal pasti benda itu sahih atau tidak, jangan kita sebarkan benda-benda tak elok sebab ia akan menjatuhkan fitnah. Apabila jatuhkan fitnah, berdosa... Malaysia ada undang-undang, biarlah undang-undang yang menentukan," katanya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: