"Salam sahabat beriman, kita seronok bermain dengan jari. Kira seronok mengaibkan orang lain, memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah orang lain sesuka hati.
"Kita membuka ruang untuk menghasut agar membenci sesama makhluk... adakah kita rasa begitu mulia?" luah pelawak Tauke (Jambu) yang berkongsi rasa sedih dengan situasi yang menimpanya.
Rimas sering menjadi buah mulut ramai sejak berita seorang selebriti ditahan polis, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, berkata, dia hairan adakah tindakan mencemarkan maruah, mengumpat dan memfitnah dianggap mulia dalam masyarakat hari ini.
Media cuba mendapatkan penjelasan lanjut mengenai luahannya itu namun Tauke memaklumkan dia akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat: "InsyaAllah saya buat sidang media," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Tauke turut berkongsi maklumat bahawa dia dihubungi beberapa peguam namun tidak dijelaskan atas tujuan apa: "Wah ramai lawyer call aku ni... Alhamdulillah," katanya di Instastory.
Menerusi laporan sebelum ini, Tauke menafikan dia adalah selebriti yang ditahan polis berhubung kes pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.
Tegas Tauke dia langsung tiada kaitan dengan jenayah tersebut sebaliknya berada di rumah di Bukit Jalil ketika berita berkenaan mula menjadi kecoh.
________________________
No comments:
Post a Comment