09 August 2021

"SARAH PAKAI TELEKUNG PUTIH & TERSENYUM DEKAT SAYA..." - REBECCA ANGGAP MIMPI LAMBAIAN TERAKHIR



"Berita yang sangat sedih pagi ini, rasa lembik satu badan saya. Satu Malaysia merasai kesedihan ini. Arwah sanggup usaha dan cari nombor telefon untuk WhatsApp saya, berdoa untuk saya, suami dan anak-anak. Sehinggakan saya merasa sangat sayang dekat awak dan rasa sangat dekat," ujar pelakon Rebecca Nur Al-Islam yang mendedahkan Allahyarham Siti Sarah pernah menghubunginya bagi bertanyakan khabar selepas mengetahui dia sekeluarga berdepan dugaan apabila disahkan positif Covid-19.

Rebecca berkongsi perkara itu di laman Instagram bersama paparan skrin memperlihatkan arwah sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa buat keluarganya. Biarpun tidak pernah berjumpa, Rebecca sangat terharu dengan sikap arwah yang prihatin dengan kesihatannya sekeluarga ketika berdepan wabak maut itu.

Tambah Rebbeca, arwah turut memperkenalkan doktor kepercayaannya jika berlaku sebarang masalah kesihatan sepanjang tempoh kuarantin: "She WhatsApp me eventhough we never met in person. Dia menunjukkan keprihatinannya kepada saya dan memberikan nasihat positif berhubung Covid-19. Dia risau sangat masa saya sakit haritu. Siap nak kenalkan saya dengan doktor," tulisnya.

Dalam pada itu, Rebecca juga berkongsi bahawa dia pernah bermimpi didatangi arwah dengan dengan memakai telekung putih tanpa berkata apa-apa pada Jumaat baru-baru ini. Ujar Rebecca dia menganggap perkara itu sebagai satu petanda bahawa arwah memberikan lambaian terakhir buat dia dan keluarga.

Klik untuk gambar besar



"No wonder saya mimpi hari Jumaat lepas, Sarah pakai telekung putih dan tersenyum dekat saya tanpa berkata apa-apa. Rupa-rupanya Sarah nak tinggalkan kami semua rakyat Malaysia yang sangat-sangat menyayangi Sarah," katanya lagi.

Pada 8 Julai lalu, Rebecca mengesahkan dia dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif Covid-19. Kesemua ahli keluarga termasuk suaminya Rebecca sembuh daripada jangkitan itu selepas 14 hari kuarantin.

Sementara itu, Rebecca turut tidak melepaskan peluang bagi memberi penghormatan terakhir melihat pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pasu, Gombak: "Sarah saya datang nak tengok buat kali terakhir. Saya akan tengok Sarah dari jauh. Terlalu ramai orang tengok Sarah," tuturnya.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: