09 August 2021

UQASHA TERKILAN HAJAT MAHU SARAH NYANYI DI MAJLIS KAHWIN TAK KESAMPAIAN



"Kalau awak, akak bagi free je. Awak kan adik kakak. Tapi akak pregnant tau," itulah petikan kata arwah Siti Sarah di paparan skrin perbualan terakhir dengan pelakon Uqasha Senrose.

Bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli, Uqasha terkilan dan sedih hajat untuk melihat Allahyarham Siti Sarah membuat persembahan di majlis perkahwinannya tidak kesampaian.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, berkongsi perkara itu di laman sosial bersama paparan skrin perbualan terakhir dengan arwah.

"Allahyarham seorang yang sangat baik. Ya Allah sangat sukar untuk saya terima berita ini. Kak Sarah janji nak menyanyi di wedding Sha (Uqasha)," ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi mesej yang dikongsi Uqasha, Sarah meluahkan rasa gembira dan setuju untuk menyanyi tanpa mengenakan bayaran di majlis perkahwinan pelakon itu.

Klik untuk gambar besar



Uqasha turut mendedahkan majlis resepsi perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada 19 Jun lalu di Puncak Dani Genting. Bagaimanapun, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu 'Semakin' itu dimasukkan ke pusat peribatan berkenaan pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: