09 August 2021

USTAZ EBIT LEW: "SARAH BANYAK KALI TANYA INGIN BAYARKAN SEWA RUMAH ORANG MISKIN..."



"Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib, Siti Sarah serta anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus. Siti Sarah Raissuddin banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan.

"Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya. Sabar ya Shuib, Allah sayang. Insya-Allah," tulis pendakwah bebas dan dermawan, Ustaz Ebit Lew mengenai arwah Siti Sarah Raissuddin menerusi muat naik di Insta Story.

Pemergian penyanyi terkenal itu bertemu Pencipta pagi tadi, turut mendapat reaksi daripada Ustaz Ebit yang menitipkan rasa sedihnya atas kehilangan tersebut dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Siti Sarah.

Ustaz Ebit mendedahkan, penyanyi lagu 'Kesetiaan' itu pernah menawarkan diri membantu membayar beberapa rumah sewa golongan miskin.

Klik untuk gambar besar



Pagi tadi, berita duka itu dikongsi pelawak Shuib Sepahtu apabila kehilangan isteri tercinta yang menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music. Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: