10 August 2021

SITI NURHALIZA SEBAK, TAK MAMPU NYANYI 'AKU BIDADARI SYURGAMU'



"Hari ini (semalam) Siti menjalani rakaman persembahan secara virtual dan penganjur memilih salah satu lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu. Sebelum memulakan rakaman, Siti sudah memaklumkan bahawa beliau bimbang tidak dapat menyanyikan lagu tersebut kerana perasaan sedih dan sebak di atas pemergian sahabat artis, arwah Siti Sarah Raissuddin.

"Lalu kami memohon kepada penganjur untuk menukar lagu dan penganjur juga sangat memahami situasi hari ini (semalam)," demikian kata pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak yang memberitahu penyanyi nombor satu negara itu tidak dapat mengawal kesedihan ketika menyanyikan lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' ketika menjayakan rakaman persembahan secara virtual semalam.

Siti terpaksa berhenti seketika dan meminta pihak penganjur menukar lagu lain kerana tidak mampu meneruskan nyanyian lagu tersebut semasa menjayakan sebuah rakaman persembahan secara virtual semalam. Lebih hiba, Siti dilihat sebak dan mengalirkan air mata sewaktu mendendangkan lagu berkenaan.

Rozi berkata gelaran bidadari terhadap Siti Sarah membuatkan Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan lagu tersebut. Kata Rozi lagi, Siti hanya mampu menyanyikan lagu itu dua baris sahaja sebelum nyanyiannya terhenti kerana tidak dapat menahan rasa sebak: '

"Memulakan rangkap pertama lagu tersebut, hanya 2 baris sahaja mampu dinyanyikan dan beliau terus berhenti. Lalu kami memohon kepada penganjur untuk menukar lagu dan penganjur juga sangat memahami situasi hari ini," ujar Rozi lagi.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Siti turut berkongsi video kenangan Siti Sarah dan Shuib memberikan sokongan ketika Konsert Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung pada tahun 2019. 


KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: