10 August 2021

TERIMA VIDEO SOLAT JENAZAH GHAIB DARI MASJIDIL HARAM - SHUIB SYUKUR, SEBAK



Semua sedia maklum mengenai pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang membuatkan membuatkan ramai sebak. Malah, ramai seolah tidak percaya arwah sudah pergi menghadap Ilahi.

Menerusi satu perkongsian terbaru, suami kepada arwah Sarah iaitu pelawak Shuib Sepahtu telah meluahkan rasa syukur dan sebak apabila ada pihak yang sudi melakukan solat jenazah ghaib dari Masjidil Haram untuk isterinya.

Menurut Shuib, dia menerima satu kiriman video solat jenazah untuk Allahyarham isterinya yang diadakan di Masjidil Haram. Kata Shuib lagi, betapa Allah begitu menyayangi isterinya.

Klik untuk gambar besar



"Allahuakbar, ALLAH MAHA BESAR. Dapat kiriman video solat ghaib jenazah dlm MASJIDIL HARAM ALLAH TERLALU SAYANG U IBU,,, BERGEMBIRALAH DISYURGA BIDADARI KU SITI SARAH," tulis Shuib.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Abdullah Khairi yang turut cemburu dengan kebaikan dilakukan Siti Sarah sehingga didoakan sampai ke Masjidil Haram.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: