Bapa kepada penyanyi Amylea Azizan yang diserang sakit jantung itu kini dilaporkan semakin merosot. Berita duka tersebut dikongsikan Amylea menerusi laman Instagram miliknya.
Menurut Amylea , doktor telah memanggil ibunya dan berbincang mengenai sebarang kemungkinan yang akan terjadi kepada lelaki kesayangan mereka. Dia juga memaklumkan peluang untuk ayahnya yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) adalah tipis.
"Keadaan kesihatan ayah semakin menurun hari ini. Doktor telah memanggil Mama dan bercakap mengenai sebarang kemungkinan yang kana terjadi. Chances untuk dia baik tu adalah tipis. Dan sekarang hanya keajaiban sahaja, I am numb," tulis Amylea.
Justeru, pelantun lagu 'Kendati' itu meminta jasa baik orang ramai untuk membacakan surah yassin buat ayahnya selain berharap segala kesalahan yang pernah dilakukan dimaafkan.
Klik untuk gambar besar
"Mohon semua mendoakan, sedekahkan bacaan yassin untuknya dan pada yang mengenali dia, maafkan ayah saya jika ada dosa dengan kalian," pintanya.
Sementara itu, kemas kini tersebut mendapat kiriman doa dalam kalangan rakan selebriti termasuk Shiha Zikir, Haziq dan Noryn Aziz. Doa juga dikirimkan oleh para pengikut di laman Instagramnya dan meminta agar semua urusan keluarga Amylea dipermudahkan.
"Sebelum ini pada akhir Julai lalu, penyanyi berusia 35 tahun tersebut mengenepikan perasaan malunya apabila mengaku terpaksa melakukan gerakan derma kilat bagi menampung kos rawatan ayahnya yang perlu dimasukkan ke hospital swasta berikutan hospital kerjaan dipenuhi pesakit COVID-19.
Selain menerima rawatan sakit buah pinggang, ayahnya yang berusia 62 tahun dikatakan terkena jangkitan kuman pada paru-paru dan beransur pulih.
________________________
No comments:
Post a Comment