31 August 2021

TOLAK DIVAKSIN - ANAK ELLIE SURIATY BUAT LAPORAN POLIS



"Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin yang masih lagi pada tahap ujian klinikal.

"Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah boleh dilaksanakan untuk mencegah Covid-19 iaitu melalui cara perubatan tradisional secara holistik iaitu rawatan homeopathi, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan selama ini bagi mencegah penularan pandemik," demikian kata Azrell Omar Azri Iskandar, 17 bersama adiknya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, anak kepada pelakon Ellie Suriaty.

Dua anak beranak itu hadir bersama ibu dan rakan mereka Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17 membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, mempertahankan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin.




Tambah Azrell Omar, laporan tersebut terpaksa dibuat kerana tidak mahu mengambil vaksin atas alasan bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya. Ia berikutan dia menerima borang daripada guru sekolahnya untuk mengisi borang vaksin dua minggu lalu.

Pelajar itu dan adiknya yang hadir ke balai polis untuk membuat laporan turut ditemani ibu mereka yang juga seorang pelakon terkenal, Ellie Suriaty Omar.

"Dalam borang berkenaan, kami diberitahu tiada siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan vaksin dan ibu bapa yang menerima keputusannya.


"Setakat ini, mereka tidak memaklumkan ada tindakan lanjut akan dikenakan sekiranya tidak mengisi borang atau mengambil vaksin.

"Malahan saya dan semua ahli keluarga belum mengambil vaksin sehingga kini termasuk ibu bapa saya kerana mereka berhak untuk menentukan sama ada mahu atau enggan mengambilnya," ujar Azrell dipetik sebagai berkata melalui Malaysia Gazette.

Malah tindakannya membuat laporan polis bukanlah kerana dipaksa oleh mana-mana individu sebaliknya dibuat atas penilaian sendiri. Dia juga memperoleh maklumat berkaitan vaksin daripada Google termasuk membaca berita dari luar negara, ibunya, ahli keluarga serta kenalan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: