08 August 2021

TULAR RAKAMAN SUARA KEADAAN SITI SARAH - SHUIB MOHON HENTI SEBAR



"Berkenaan 'voice note' yang viral (tular) mengenai Siti Sarah, itu adalah keadaannya pada hari Jumaat, 6 Ogos lalu. Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam rakaman audio itu di mana-mana platform media sosial," kata pelawak Shuib Sepahtu yang menyeru orang ramai supaya berhenti berkongsi rakaman audio yang tular di WhatsApp mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah dimana dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Shuib menjelaskan, rakaman audio yang tular itu bukan keadaan terkini Siti Sarah, sebaliknya apa yang berlaku kelmarin. Terdahulu, rakaman audio yang tular itu menceritakan keadaan Sarah yang dilaporkan sudah tiada harapan selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawat penyanyi berkenaan.

Menurut Shuib, keadaan isterinya masih sama dan memohon orang ramai untuk terus menitipkan doa buat Siti Sarah: "Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan. Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT," ujarnya.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: