08 August 2021

AZWAN ALI: "BUR*T MAK HANG LAAAA" - CHE TA 'BLOCKED', TAK NAK KERJASAMA



Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta itu telah mencuri tumpuan apabila tampil dengan busana berwarna perak bersama labuci berkilau ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Che Ta secara berseloroh bimbang baju akan reput jika dibiarkan terlalu lama di dalam almari.

Bagaimanapun, gaya glamor Che Ta itu menerima kritikan daripada pengacara, Azwan Ali atau Diva AA. Tulisnya di Twitter, pelakon wanita itu seperti sudah buang tabiat apabila tampil berpakaian sedemikian ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Kecewa dengan bahasa kurang sopan yang dilemparkan, Che Ta sendiri tidak mengetahui mengapa Azwan Ali sanggup berkata sedemikian. Kata Che Ta, dia tidak kisah jika diri dan gayanya dihina dan dimaki namun bila menyentuh mengenai ibunya ia telah menimbulkan rasa marah yang teramat.

"Saya tak kisah kalau dia nak maki saya atau baju dan fesyen saya tapi bila dia sebuk pasal 'bur*t mak hang...' itu dah melampau. Bagi saya mulut dia memang betul-betul level 'puaka'. Saya tak tahu bagaimanapun dia boleh tergamak tulis perkataan kesat kepada ibu saya.

Klik untuk gambar besar



"Ia sangat sensitif dan bukan satu perkara yang boleh buat lawak. Saya betul-betul marah dengan kata-katanya itu. Saya pun pelik tak tahu kenapa dia boleh tiba-tiba bersikap begitu terhadap saya. Saya dah blocked dia dari sosial media kerana bagi saya kita tak perlu manusia 'toxic' dalam kehidupan kita

"Malah saya rasa kami tidak akan lagi boleh berbaik seperti dulu dan saya akan menolak jika diminta untuk berkerjasama dengannya pada masa akan datang. Orang macam dia ni tak makan saman. Di akhirat nanti pandai-pandai lah dia jawab," ujar Che Ta yang tidak akan mengambil apa-apa tindakan kepada pengacara tersebut. Meluahkan rasa kesal, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini tidak menyangka rakan yang telah lama dikenalinya itu sebenarnya mempunyai masalah tanpa pengetahuannya. Menurutnya, dalam tahun ini sahaja, mereka sudah tiga kali bertemu dan sangat mesra di antara satu sama lain.

Tambahnya, sepanjang bertemu menerusi beberapa program tahun ini, mereka berbual mesra, mengambil gambar selfie dan membuat panggilan video bersama-sama.


"Saya tak tau pasai pa dia boleh tergamak tulis perkataan "BURIT MAK HANG" kt saya … Dalam tahun ni saja 3 kali kami jumpa, borak, ambik gambaq, selfie dan ada jugak dia buat video call.. 1st jmpa untuk tahun ni, saya jadi guest utk Lagu Cinta Kita, pastu kami shooting sama-sama dalam Pung Pang Rizalman Raya dan just sebelum PKP kami shoot cooking show untuk Youtube @rosixomar..

"Betul la kata orang. Kalau di depan mulutnya manis. Balik belakang lain bicara! Tapi tak sangka la kan, kadang-kadang orang yang kita dah lama kenal, yg kita rasa kita tak dak masalah dengan dia, yang kita rasa dia baik dengn kita rupanya kita kena "baik- baik" dgn orang macam ni.. hati orang kita tak tau kan," tulis Che Ta

Di akhir hantaran, Che Ta menitipkan doa semoga Allah SWT memberi hidayah dan dia tidak lagi berkelakuan sedemikian: "Semoga manusia macam ni Allah bagi dia hidayah supaya dia tidak dianggap sampah.. Allahhuakhbar," katanya lagi

Melihat pada ruangan komen, orang ramai yang turut terkejut menasihati pelakon ini supaya bersabar sahaja dengan kerenah individu itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: