08 August 2021

NETIZEN KOMEN MELAMPAU - LANA NODIN BURU, AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG



"Saya warning kepada orang luar, saya sudah hire lawyer bagi mencari mereka ni untuk diambil tindakan, sekarang ni kami sedang cari ip address untuk yang guna fake akaun. Mereka ingat guna akaun palsu tak boleh cari... saya akan cari mereka," itulah kata pelakon Lana Nodin yang berang dengan komen melampau.

Dek kerana itu, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hassan Nordin, 41, mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa netizen yang menulis kata-kata berunsur fitnah terhadapnya. Lana berkata, dia kini dalam proses mengumpul maklumat netizen termasuk yang menggunakan akaun palsu.

Sebelum ini, Lana menerima kecaman netizen apabila secara lantang mendesak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.

Dakwa pelakon 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' ini, Dr Noor Hisham gagal menjalankan tanggungjawabnya dalam mengekang virus Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Lana berkata, tindakannya menggunakan saluran undang-undang terhadap netizen adalah bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak mudah memberi komen yang boleh menjatuhkan maruah individu lain.

"Tindakan diambil itu hanya untuk berikan kesedaran kepada mereka, jangan suka-suka nak komen ikut suka hati. Komen saya tentang Dr Noor Hisham hari itu adalah berhubung dengan isu yang berlaku sekarang bukan fasal peribadi beliau.

"Yang netizen komen tiada kena-mengena... mereka hentam tentang kehidupan peribadi saya, mereka mengaibkan maruah saya, anak-anak dan suami," ujarnya.

Untuk makluman, Lana berkahwin dengan David pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 4, dan William Daud Mckienzie, 3.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: