"Untuk kesayangan semua, kakak Lina (Elly) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang sudah boleh gerakkan badan. Sekejap lagi buat MRI. Tadi 'check' Baby Megat, Alhamdulilah baby sihat (6 bulan)," demikian tulis penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang kini sarat hamil enam bulan.
Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram petang Ahad, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta, di sini untuk menjalani ujian magnetic resonance imaging (MRI) bagi mengetahui dengan lebih jelas perihal status kesihatannya ketika ini.
Penyanyi 'Bungaku Bakawali' ini turut memaklumkan dia mempunyai masalah pada bahagian belakang. Bagaimanapun, keadaan bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran yang sama, Elly juga meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat rakan penyanyi, Siti Sarah yang kini sedang berjuang melawan Covid-19. Majlis bacaan Yaasin dan doa buat isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu bakal dilakukan secara virtual jam 9.00 malam ini.
"Malan ini ada bacaan Yaasin dan doa buat Sarah dan semua yang terkesan akibat Covid-19 melalui Zoom Meeting, sama-sama berdoa ya kesayangan.
"Sarah, Jan (Elly) doa dari hospital ya, tak dapat nak sertai. Jan sentiasa ingat Tasya (panggilan buat Sarah), love you Tasya. Teruskan dia buat Sara ya, terima kasih semua," katanya lagi.
________________________
No comments:
Post a Comment