11 September 2021

15 TAHUN KAHWIN, SUHAIMI SAAT MASIH JALAN BERPEGANGAN TANGAN DENGAN INA NAIM



"Ma sya Allah. Walaupun pun dah 15 tahun nikah, masih solat sama, makan bersuap, masih jalan pegang tangan. Alhamdulillah, tak kaya, tapi Allah bagi isteri yang baik, taat setia, selalu bahagia," tulis Suhaimi Saat memuji isterinya Ina Naim.

Bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu meskipun sering mencetuskan kontroversi hingga akaun Instagramnya disekat baru-baru ini, namun dia dilihat tetap mengutamakan rumahtangganya.

Ini kerana, tidak ramai yang sudah berkahwin selama 15 tahun masih mempunyai hubungan sebagai suami isteri yang romantis di dalam dan luar rumah serta sentiasa solat berjemaah.

Malah dia juga tidak kisah didakwa sebagai masih 'angau' pada isterinya oleh beberapa media yang dianggapnya mereka masih rindu terhadap dirinya.

Klik untuk gambar besar



"3 kelebihan Ina Naim. 1. Cantik walau marah, 2. Sabar tahap wali, 3. Setia macam Rahmah," tambah Suhaimi melalui media sosial miliknya yang lain.

Mungkin kata-kata itu ditujukan pada Ina semperna ulang tahun perkahwinannya pada bulan lalu.

"Selamat hari ulangtahun perkahwinan buat saudara ss dan saudari ina. Semoga rumah tangga dibina berkekalan hingga ke jannah. Insha Allah. Ss ni idola saya dalam bab-bab pendidikan ilmu agama terhadap anak anak. Diharap berterusan dengan posting-posting yang bermanfaat buat kami semua. InshaAllah," ucap peminatnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: