11 September 2021

'SINDIR' PAKAI SERBAN, CAKAP PELAT - SHARNAAZ MINTA MAAF, CAPRICE AKUI TERLEBIH EMOSI



Menerusi Instagram live baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad telah mengusik rakan selebritinya iaitu Shukri Yahya yang akhirnya mengundang rasa kurang senang Caprice.

Walaupun Sharnaaz tidak menyebut sebarang nama, namun filter memakai serban dan slang gaya percakapannya semasa bersiaran dipercayai menyerupai penyanyi rap berkenaan.

"Dekat Jordan... tadi ada orang kirim key chain sama saya. Kau nak key chain... saya sudah bawa key chain ini. Bang bang," kata Sharnaaz secara berseloroh.

Gurauan Sharnaaz itu ternyata membuatkan Shukri tidak tahan ketawa hingga dia bertindak menyembunyikan wajahnya. Bukan itu sahaja, Shukri juga kedengaran beberapa kali merayu supaya sahabat baiknya itu menukar filter yang lain.

Klik untuk gambar besar



Enggan berdiam diri, Caprice segera memuat naik video yang sama di laman Instagram dengan suntingan menambah klip drama lakonan Sharnaaz berjudul 'Suamiku Encik Sotong': "Dari jauh je berani sotong, see you when I see you," tulis Caprice bersama posting berkenaan.

Tidak cukup dengan itu Caprice turut berkongsi video sambil memberi peringatan kepada Sharnaaz: "Oh mamu (merujuk kepada Sharnaaz), big mistake brother. You want to have a problem with Caprice (anda nak mencari masalah dengan saya).

"Pertama sekali, lebih baik hang (anda) tulis surat dekat (kepada) KKM minta depa (mereka) lanjutkan tempoh kuarantin saya. Restoran itu abang saya punya. Kita beri hang tiga empat jam untuk fikir secara waras. Sebab Ampang, Damansara, Kuala Lumpur terlalu kecil.



"Fikir secara waras... hubungi abang-abang anda jika benar-benar mahu masalah ini berlaku, saya akan jumpa anda Insya-Allah," kata Caprice menerusi Instastory.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice memuat naik mesej daripada pengikutnya yang kurang senang dengan Sharnaaz yang asyik mengutuk orang tetapi apabila kena pada diri sendiri pasti akan melenting.

Caprice berkata dia menyangkakan selama ini Sharnaaz adalah rakannya dan tetap sabar meskipun sudah beberapa kali diperli. Ujarnya, dia tidak sabar untuk selesai kuarantin untuk selesaikan hal tersebut.



Tidak terhenti di situ, Sharnaaz yang enggan berdiam diri apabila digelar 'sotong' pula berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar kepada Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

"Sudah hantar lokasi, marilah sayang jemput makan tengah hari. Lauk sotong ada ini. Petik nama orang tapi block orang. Lu memang penakut la. Konon bawa panji Islam, jarum pun menangis pegang tangan orang. Belum kena gegar lagi," tulis Sharnaaz.

Namun terkini, Sharnaaz yang enggan memanjangkan isu tersebut telah tampil menyelesaikan salah faham tersebut dengan memohon maaf secara terbuka kepada Caprice.



"Sejak pagi tadi, semua netizen tahu yang aku ada isu dengan Caprice. Insya-Allah aku dan Caprice akan selesaikan secara elok. Aku rasa secara peribadi apa gurauan dari Jordan sampai sekarang, mungkin agak keterlaluan. Aku sebagai orang yang lebih matang, aku mohon maaf," ujarnya

Video dikongsikan Sharnaaz itu dimuat naik semula oleh Caprice yang menerima permohonan maaf tersebut serta turut sama memohon maaf. Caprice turut berkata selepas selesai habis kuarantin dia mengajak Sharnaaz untuk lepak minum bersama-sama.

"Selamat datang ke Damansara Sharnaaz Ahmad, pihak kita terima permohon maaf tersebut dan Caprice pun kalau lebih-lebih tadi apologize sebab kita pon tak lunch lagi.. lapar… insyaAllah selepas quarantine caprice akan sampai @cilikampunghartamas dan minum sama2," tulisnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: